Aktiviti Melukis & Mewarna Logo ‘Sayangi Malaysiaku’
27 September 2019 | Aktiviti TerkiniAktiviti ini diadakan bersempena dengan sambutan bulan September iaitu sempena Hari Malaysia yang diadakan di peringkat Pusat Internet bagi memupuk semangat cintakan negara kita di samping itu juga menguatkan lagi semangat sayangkan negara oleh pelajar- pelajar ini.
Antara kebaikan aktivti ini ialah,
- Memupuk semangat cintakan negara
- Menghargai jasa pemimpin terdahulu dalam usaha mencapai kemerdekaan bagi negara kita.
- Memberi sokongan terhadap pucuk pimpinan negara sekarang
- Menerapkan nilai-nilai murni seperti tolak ansur, hormat-menghormati dan kerjasama antara kaum
Aktiviti ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Malaysia di peringkat PPR Pinggiran Bukit Jalil. Oleh yang demikian petugas Pusat Internet telah mengambil inisiatif untuk menjalankan aktiviti berkaitan Hari Malaysia dengan menggunakan kemudahan Internet. Bagi kumpulan pelajar sekolah ini, aktiviti yang diajalankan adalah melukis dan juga mewarna logo “Sayangi Malaysiaku”.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: